My Apple Autism Kid

22/04/08

meragam lagi

Kelmarin aiman menanggis dari jam 3 petang sampai 7 ptg. Suami ku mententeramkan dia dengan membawa naik kereta. Bila aku pulang dari kerja jam 7 malam ,dia sedang menghisap susu. rengekan masih ada. kira-kira jam 8 mlm .lampu pula padam. panas .aiman lagi panas .menanggis lagi. kawan kami datang membantu dengan ayat Suci Al-Quran. diam sekejap. sambung balik.menjerit.menghempas kaki. pantang di peluk atau dukung semuanya tak menjadi. air jampi tak juga menjadi.aku biarkan dia bergolek -golek sambil menghempas kaki. hai??kalau jiran bertempik apa lah nak nak dijawab.

Akhirnya, kakak aiman memasang azan dari handphone ku. berulang-ulang. lalu dia diam dan terlena dengan hanya memaakai pampers.

Aku menyuruh suami ku ke rumah pengamal perubatan islam Shukri kat simpang jalan mengulang ,dekat juga kilang simen.kalau dari kangar hampir 20 km.dari rumah ku beseri dekatlah kiranya. sebelum ini kami dah pergi beberapa kali tapi dia tiada kerana pergi ke Perak berubat orang.

suami ku pulang beritahu shukri ada di Kedah berubat. jam sepuluh baru balik.
jam sepuluh suami ku pergi tanpa makan kerana dah jadi kenyang dengan ragam anak kami.

jam duabelas baru balik. dia beritahu malam jumaat nanti Kri akan datang berubat. sebelum itu kami kena berubat dulu dengan air zam-zam yang sudah dibacakan ayat suci,

kata Shukri aiman ,urat saluran darah nya bersimpul. so bila tegang dia akan rasa sakit. kalau kami bawa berjalan pun cuma menenangkan fikiran dan kesakitan akan datang kembali. bayangkan sejak mengundi bulan mac dia mula menanggis sampai sekarang.

kami suami isteri pun menanggis.apatah lagi abah dan mama mengasuh mereka lagilah tidak sanggup melihat anak mengasuh mereka meragam dengan menghempas kaki dan badan.

syurkur alhamdulillah kerana mendapat pengasuh yang amat menyayangi aiman .mereka lebih peka dari aku sendiri,tentang perangai dan jadual pemakanan ,perubatan dan kesukaan aiman.

semuga Allah memberi rezeki kepada mereka dan diantara nama-nama yang akan dipilih aiman dihari pembalasan nanti.

Tentang Shukri, dia menggunakan ayat Quran untuk berubat. Sebenarnya kalau nak minta ubat pakai sireh memang aku tak suka pergi.Banyak lah jasanya diizinkan Allah.orangnya muda lagi.Nak jumpa lepas maghrib tapi kena telefon lah dulu.Kalalu terdesak bolehlah dia bantu dari jauh.Insyaalah.

21/04/08

Berubat lagi

Hari jumaat yang lalu aku ke rumah Pak Mud kat Padang Besar Selatan,Kuala Perlis. Lorong Tok Ludin.

Bawa sesikat pisang emas.Air.Minyak zaiton.
Kata Pak mud , lutut kurang gris. So kena cari minyak ular sawa.Sapu anggota. Minyak zaiton urut anggota badan. Insyaallah.

Hai banyak sungguh aiman nak kena sapu air penawar. Bab menanggis dan bab anggota.Tak tahu letih juga dibuatnya.

Sabar--sabar...ALLAH maha mengetahui disebalik.

21/04/08

Berubat

Berubat juga kena tahu memilih.Cari mereka yang menggunakan ayat suci al-quran.Jangan sebarangan.

Hari tu berjumpa Kri..pakai air zam-zam.Belum diizinkan Allah.
Lepas tu dengan ustaz dari negara Jiran. So kena bernazar jika sembuh nak buat kenduri .Belum diizinkAN ALLAH.
Dengan ustaz kat Kuang,selangor. Belum Allah izinkan.

Seorang teman suruh baca Yassin. Sampai kepada ayat "mubbin' niatkan.ada 7 mubbin ..niatkan dengan niat yang sama. So tiap malam aku baca..semuga Allah akan memberkatinya.Aku tetap bersabar. Mungkin belum tiba masanya. Allah lebih mengetahui.

21/04/08

Aiman Ke PDK

Aiman ku masukkan ke PDK..tapi pergi jamĀ  9.30 balik 12.00 tengahri. Tak mengapalah asalkan dapat memperkembangkan mindanya. Suami ku menunggu.Kelas bermula hari isnin hingga khamis. Rupa-rupanya ramai lagi anak-anak yang lebih teruk. Satu keluarga sampai 4 orang. Alhamdulilah anak ku hanya 10%. Berbagai masalah . Guru-guru yang sabar.Semuga Allah membalas jasa mu. Amin.

21/04/08

Tabiat

Letih rasanya disaat orang nak menghadpi pilihanraya aku dan suami terpaksa usung aiman kesana kemari. Menanggis tak tentu masa. Berjam-jan lamanya. Dah minta ubat.Masih tidak reda. Sudah berminggu-minggu. Demam .Dah berapa kelinik. Tiap awal tahun inilah masalah yang kami hadapi.
Sebab musim sejuk.

Kelmarin pun masih menaggis. Sukar dipujuk.
Ya Allah berilah kesabaran untuk ku.Amin

21/04/08

ANAK KU DEMAM DAN PENAT

Aiman anak ku mula demam semasa umur 9 bulan. ketika itu dah boleh meniarap.normal macam anak lain.

Dua minggu dihospital. hidapi penyakit lelah. Gas yang selalu membuat dia menanggis.

Selepas balik . Sebulan kemudian terpaksa kembali kehospital. 12 hari terpkasa berada di wad. Penat dan lelah.

Mulai saat itu aiman dah mula tidak mahu meniarap atau reaksi seperti anak normal dah mula menurun.

Setiap bulan berjumpa doktor. Umur 2 tahun dikesan menghidap autism.Aiman juga tidak boleh berjalan. Tiap 2 minggu dibawa pula ke Kelinik Cara kerja.Kemudian ke kelinik speech pulak.letih.

Pemeriksaan untuk otak, telinga semunya normal. Tidak ada masaalah.

Doktor menjadi hairan untuk mengisi borang. Diletakkankan "general" sahaja untuk memperolehi kad dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dari saat ini bermulalah segala langkah berubat.
Nasib baik aku tahu apakah sindrom autism dari dulu lagi kerana aku rajin mengkaji setelah kelamkabut semasa peperiksaan bahasa inggeris kat universiti dulu dimana keluarnya artikel autism. so tak kelam kabut sangatlah.

Aku hadapi dengan sabar dan berdoa kepada Allah SWT.

21/04/08

My Apple

Anak kesayangan lelaki memang dinanti oleh kami sekelurga.Dilahirkan secara pembedahan di sebuah kelinik swasta pekan J ,setelah menghadapi ,sesuatu keadaan yang tidak disangka-sangka.Semasa masuk wad doktor bius memberikan suntikan ubat kebas di pinggang. Doktor tuan punya kelinik dan isteri setelah melihat diri ku keluar membuat pemasaran untuk ubat kurus keluaran syarikatnya. Doktor bius telah pulang ke bandar. Tinggallah akau bersama bidan. Nasib baik sebab bidan ku kenali. Tiba-tiba degupan jantung anak terhenti. Bidan menjadi kelam kabut.Doktor dipanggil. Doktor bius memakan masa 1 jam untuk kembali.Anak ku lemas hampir sejam. Masuk wad pukul 9 pagi bersalin jam 12.30 tengahari. Kelemasan berlaku kerana leher diblit tali pusat.

Anak tidak menanggis bila dikeluarkan dari perut.Kalau ku tahu risiko begini dari awal lebih baik opperation sahaja. Kelinik baru dibuka.Nak support orang melayu.kononnya.inilah jadinya. sedangkan sebelumnya dah ikuti pemeriksaan dengan doktor S . Apa nak buat takdir Allah.

Tak seronoknya bayar beribu ringgit..perkhidmatan alakadar...tiada maknanya..

Anak ku lahir tidak nampak sebarang tanda kecatatannya.Normal.Kegembiraan menyelubungi seluruh keluarga maklumlah dapat anak dan adik lelaki sorang.

Untuk memperolehi anak ini menanti lima tahun. solat hajat. minta ubat doktor .dukun lagi.


Ada orang suruh saman doktor tu..tak apalah kerana ini dugaan Allah. saman pun tak dpt kembalikan keadaan normal pun.

www.diwaris.com/?ref=fujie34
Google
 
Google